Monday, December 22, 2014

Mendirikan solat


Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Monday, December 1, 2014

Nabi Hud as


Nabi Hud as adalah nabi dan rasul ke 4 dikalangan 25 rasul yang wajib kita ketahui. Bainda diutus Allah untuk menyeru kaum Aad yang makin sesat dan penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebaikan dan menolak segala musibah.

Monday, November 17, 2014

Tuntutan dua kalimah syahadah

  • Membanyakkan zikir la ilaha illallah dan membenarkan maksudnya.
  • Menjauhi perkara yang bertentangan dengan dua kalimah syahadah iaitu amalan kufur, syirik, nifak, bid’ah, maksiat dan lalai.
  • Melaksanakan perkara yang dituntut daripada amalan wajib dan sunnat khususnya rukun Islam yang lima.
  • Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
  • Menyebarkan akidah tauhid kepada sekelian manusia lebih-lebih lagi ke atas diri, keluarga dan masyarakat.

Tuesday, November 4, 2014

Perbezaan Nabi dan Rasul


  • Nabi ialah Orang yang membawa berita ghaib manakala Rasul ialah utusan kepada sesuatu tempat atau kaum
  • Nabi ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, tetapi tidak diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain, manakala Rasul ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya dan diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain.
  • Nabi ialah Ramai tetapi tidak dapat dipastikan manakala Rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang
  • Nabi tidak ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan tidak ditentukan umat yang dipimpin manakala Rasul ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan Ditentukan umat yang dipimpin

Monday, October 20, 2014

Kisah Hasan, Husein dan Abdullah


Satu hari Hasan bin Ali, Husein bin Ali dan sepupu mereka Abdullah bin Ja'far bermusafir dari madinah ke mekkah, dalam perjalanan tanpa mereka sangka unta yang membawa barang² termasuk bekalan mereka telah lari dengan tiba². Ini menyebabkan mereka tersangat lah lapar dan dahaga.

Mahu atau tidak mereka terpaksa juga mengharungi padang pasir yang tandus dan kontang itu menuju ke mekkah. Setelah beberapa ketika di saat mereka merasa tersangat lapar dan dahaga mereka tiba di sebuah rumah yang agak usang dan kecil. Rumah itu didiami oleh sepasang suami isteri yang agak tua, tetapi pada masa itu hanya si isteri sahaja yang berada dirumah.

Tuesday, October 7, 2014

Perkara yang membatalkan syahadah


Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari. Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim. Sabda rasulullah saw

Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.

Sabda rasulullah saw lagi

Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina, orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.

Thursday, September 18, 2014

Nabi Nuh as

Nabi Nuh as merupaka antara lima nabi dan Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterimanya dalam menyampaikan agama Allah. Nabi Nuh as merupakan keturunan yang ke-10 daripada nabi Adam as. Diriwayatkan bahawa baginda adalah orang yang berumur paling panjang didunia. Ada ulama mengatakan umurnya 950 tahun dan ada yg mengatakan umur nabi Nuh as mencapai 1000 tahun. Baginda dilantik menjadi nabi dan rasul pada usia 480.

Tuesday, September 2, 2014

Bulan Zulkaedah


Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar Islam. Zul ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

Monday, August 18, 2014

Cara Potong Kuku



Walaupun tidak ada hadis sahih menyebut bagaimana cara Nabi SAW memotong kuku, tp yg pasti menjaga kebersihan diri dan menjaga penampilan diri adalah salah satu daripada sunah yang boleh kita amalkan., mudah-mudahan setiap perkara yang kita lakukan dikira ibadah., selamat beramal., wallahualam...

Tuesday, August 5, 2014

Bulan Syawal


Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrah dan diampun dosa. Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bualan Syawal umat Islam sangat banyak melakukan amalan silaturahim, dan menyucikan diri dengan saling bermaafan.

Syawal dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Wednesday, July 16, 2014

Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras, gandum dan sebagainya.

Monday, June 30, 2014

Ramadhan


Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Monday, June 16, 2014

Ketaatan kepada Rasul


Beriman kepada Rasul merupakan Rukun iman yang keempat. Setiap muslim wajib beriman kpd  25 orang rasul yg disebut dlm al-Quran. Mereka yg mengingkari salah seorang Rasul tersebut terbatal imannya. Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu rasul.

Setiap orang yg beriman wajib mentaati segala perintah Rasul kerana ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah swt. Sebaliknya orang yg ingkar perintah Rasul bererti mengingkari perintah Allah swt. Ketaatan yg mutlak wajib diberi kpd Rasul kerana baginda pembawa ajaran islam yg lengkap & sempurna. Umat islam wajib merujuk semua urusan kehidupan kpd Al-Quran & al-Sunnah.

wallahualam...

Wednesday, May 21, 2014

Israk Mikraj


Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang terjadi kepada nabi kita Muahammad SAW. Baginda di iringi oleh Malaikat Jibril dan Mikail juga seekor haiwan yang disebut Buraq. Baginda di israk dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin), kemudian baginda di mikraj ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy.

Peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau bersamaan 622 M (tarikh sebenar berlakunya Israk Mikraj menjadi perselisihan di kalangan ulama). Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Wednesday, May 7, 2014

Rejab

Rejab adalah bulan ke-7 islam yang bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qati'e dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Wednesday, April 23, 2014

Rukun Syahadah

Rukun Syahadah Empat perkara
  1. Mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada, dan adaNya tidak berjirim dan berjisim, adaNya sedia, adaNya tiada permulaan dan kesudahan, adaNya tidak binasa, adaNya bersalahan bagi yang baru, adaNya tidak sama dengan wujud yang baru, adaNya dengan sendiri, mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa, adaNya mustahil berbilang-bilang.
  2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata.
  3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.
  4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.


Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :
  • Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah


wallahualam...

Wednesday, April 9, 2014

Nabi Idris AS


Nabi Idris AS adalah nabi dan rasul ke 2 dikalangan 25 rasul yang wajib kita ketahui. Baginda merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam AS iaitu putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam AS. Nabi Idris AS juga merupakan keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya' mengatakan bahawa Nabi Idris AS sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.

Tuesday, April 1, 2014

Jamadil Akhir

Jamadil Akhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-6. Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi terdapat di sana-sini.

Tuesday, March 25, 2014

Beriman Kepada Kitab-kitab Allah


Al-Qur'an Al-Karim
Kitab suci al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pelengkap dan memansuhkan kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya.

Al-Qur'an diturunkan oleh Allah Taala kepada Baginda Nabi s.a.w. untuk menghentikan persengketaan dan perselisihan dalam berbagai-bagai masalah termasuk masalah ketuhanan dan kerasulan.

Monday, March 17, 2014

Arab badwi dan Dhab (biawak padang pasir)


Satu hari ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul bersama dengan sekumpulan para sahabat dalam satu majlis, melintas lah seorang arab badwi yang baru pulang dari memburu. Beliau membawa seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan disimpan didalam lengan baju jubahnya.

Arab badwi itu mula tertarik apabila dia melihat seorang lelaki yang dikelilingi oleh orang ramai. Lalu dia mendekati dan bertanya "siapakah gerangan lelaki yang menjadi tumpuan itu" tanya arab badwi kepada salah seorang sahabat disitu. Apabila diberitahu bahawa orang itu ialah Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentu saja aku sudah penggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Tuesday, February 25, 2014

Mengucap dua kalimah syahadah


Syahadah atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad SAW sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut agama Islam. Mengucapkan Kalimah Syahadah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

Tuesday, February 4, 2014

Nabi Adam AS.

Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit.

Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.

Tuesday, January 14, 2014

Selawat ke atas Nabi


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد , صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Semoga Allah memberkati Muhammad, Sejahteralah ke atas Baginda 


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi sejahtera ke atasmu, Wahai Rasul sejahtera ke atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
Wahai kekasih sejahtera ke atasmu, Selawat Allah ke atasmu 


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا , فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Bulan purnama menyinari kita, Menghilangkan segala cahaya 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا , قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Indah menawan tak pernah dilihat, Wajah gembira sepanjang hayat 


Tuesday, January 7, 2014

Sifat Allah


Sesungguhnya Allah itu Maha Agong dan tidak terkira jumlah sifat kesempurnaan baginya. Sebagai umat kita hanya diwajibkan dan mempercayai hanya 20 sifat wajib dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site