Wednesday, December 16, 2015

Perkara-perkara yang membatalkan solat

Tidak sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dilakukan dan perlu di ulang semula, dan diantaranya ialah:-

  • Batal wuduk.
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • Terbuka aurat.
  • Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
  • Terdapat najis di badan, pakaian atau tempat solat.
  • Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham atau ketawa.
  • Berubah niat.
  • Mendahului imam.
  • Meninggalkan rukun solat.
  • Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  • Murtad, gila atau hilang akal

wallahualam

Thursday, November 19, 2015

Pesan Imam al-Ghazali


yang paling dekat dengan manusia ialah kematian
yang paling jauh sekali dengan manusia ialah masa lampau
yang paling besar dalam dunia ialah nafsu
yang paling ringan dalam dunia ialah meninggalkan solat
yang paling tajam dalam dunia ialah lidah manusia
yang paling berat dalam dunia ialah amanah

wallahualam...

Tuesday, October 20, 2015

Keutamaan


  • Seorang mukmin yang paling utama islamnya ialah terselamatnya orang lain dari lisan dan tangannya.
  • Seorang mukmin yang paling utama imannya ialah yang paling baik ahklaknya.
  • Jihad yang paling utama adalah seseorang yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.
  • Manusia yang paling utama adalah orang mukmin yang berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan harta bendanya.
wallahualam...

Monday, September 14, 2015

Sifat Wajib Bagi Rasul

SIDDIQ [BENAR]
Rasul mempunyai sifat benar dlm perkataan dan perbuatan kerana mereka diutuskan utk menyampaikan kebenaran.

"Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya)." Ali Imran ayat 161

Tuesday, August 18, 2015

Dalil dan Syarat wajib solat

Dalil Al-Quran.
Maksudnya: "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari tuhanmu dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan". {149} "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) ". {150} [SURAH AL-BAQARAH AYAT 149-150]

Thursday, July 23, 2015

Api

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam. Maka jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Tuesday, May 19, 2015

Syaaban

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya.

Tuesday, May 12, 2015

Amal soleh pembersih jiwa

Antara matlamat islam adalah untuk memelihara manusia daripada godaan syaitan. Amal soleh akan mewujudkan insan yang berakhlak dam membawa kesejahteraan kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman membersihkan dirinya" surah Al-A'la:ayat 14.

wallahualam..,

Monday, April 20, 2015

Rasul Ulul Azmi

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam.

Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Wednesday, April 1, 2015

Rukun Solat

Rukun solat adalah sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rukun qalbi (diingat dan ditetapkan dalam hati), fi'li (perbuatan) dan qauli (sebutan dan bacaan sekurang-kurang didengari diri sendiri).

Tuesday, March 17, 2015

Wahai sahabat

  • siapa boleh jamin yang kita masih boleh bernafas sehingga hari esok.
  • siapa boleh jamin yang malaikat maut masih lambat mencabut roh kita.
  • siapa boleh jamin dengan amalan yang kita ada sekarang sudah cukup untuk menghalang kita dari ke neraka.

Sedarlah setiap saat yang kita lalui akan membawa kita semakin hampir kepada kematian. Dan orang yg lalai ialah orang yang sepanjang harinya tanpa sekalipun berfikir akan kematian.

wallahualam.,

Thursday, February 26, 2015

Ashabul Kahfi

Ashabul Kahfi bermaksud "Ahli Gua" yang mana beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan bangun pada 309 tahun kemudian.

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). [18:25]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. [18:26]

Tuesday, February 3, 2015

Pemaaf

Pemaaf dan sentiasa memaafkan orag lain merupakan satu sifat terpuji yang lahir dari hati yang suci dan pemikiran yang waras. Ia memelihara kesabaran insan ketika berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan berpunca dari perasaan sakit hati yang dipengaruhi oleh syaitan.

wallahualam..,

Wednesday, January 21, 2015

Kepentingan beriman kepada Rasul


Setiap muslim wajib mempercayai kesemua 25 orang rasul. Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian rasul, kerana semua rasul membawa risalah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site