Wednesday, April 1, 2015

Rukun Solat

Rukun solat adalah sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rukun qalbi (diingat dan ditetapkan dalam hati), fi'li (perbuatan) dan qauli (sebutan dan bacaan sekurang-kurang didengari diri sendiri).

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  • Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  • Niat.[Qalbi]
  • Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  • Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  • Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  • Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  • Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  • Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  • Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  • Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  • Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  • Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  • Tertib

Note: tama'ninah - berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Jika tertinggal perkara rukun akan menyebabkan rakaat itu tidak sah, maka hendaklah diulang mengikut tertib (tidak perlu membatalkan solat) kemudian sujud sahwi diakhir solat.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

wallahualam..,

26 comments:

  1. entri yang bagus.terima kasih share !

    ReplyDelete
  2. salam nak tanya.. kalau mazhab syafie masa solat berjemaah tetap rukun ya baca alfatihah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya., kecuali klu kita masbuk., fatihah untuk rakaat tu imam yg tnggung.,

      Delete
  3. bagus, benda mcm ni walaupon dah belajar masa kecik2 perlu direcall juga sekali sekala :D

    ReplyDelete
  4. nice sharing...


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature)

    ReplyDelete
  5. Kena sentiasa recall dan check utk kesempurnaan ibadah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site