Monday, November 21, 2016

Usmatul Rasul (Maksum)

  • Rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang boleh mecemarkan kemuliaan, ketaatan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah swt
  • Nabi dan Rasul mendapat bimbingan wahyu. 
  • Nabi dan Rasul tidak bercakap mengikut hawa nafsu. Mereka adalah tepat dan benar.
  • Rasul dan Nabi terpilih disisi Allah
  • Diutuskan menjadi contoh teladan kepada manusia
  • Terpelihara melakukan perkara yg bercanggah


wallahualam...

Monday, August 15, 2016

Perkara-perkara sunat dalam solat

Sunat Hai'ah. Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.

  • Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  • Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

Monday, April 25, 2016

Kesempurnaan

Suatu hari, Seorang Murid bertanya kepada gurunya "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" Lantas Gurunya berkata "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu, dan setelah itu jangan pernah kembali kebelakang..!".

Friday, March 18, 2016

Mendekatkan diri kepada Allah


  • Takwa kepada Allah zahir dan batin
  • Mengikut dan mengamalkan sunnah Nabi
  • Lupakan mahkluk ketika beribadat dan tidak melupakan Allah ketika bersama mahkluk
  • Syukur dan redha terhadap segala kurniaan mahupun ujian
  • Kembali kepada Allah pada masa suka mahupun duka
wallahualam..,

Tuesday, February 16, 2016

Nabi Soleh AS.

Nabi Saleh a.s merupakan salah seorang nabi dan rasul daripada 25 rasul yang wjib kita ketahui. Baginda diutus Allah kepada kaum Thamud. Kaum Thamud adalah nama suatu suku kaum dari bangsa Yahudi. Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud.

Nabi Soleh a.s diutus kepada kaum Tsamud dari keluarga yang dihormati oleh kaumnya. Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh a.s kepada Tuhan yang sepatutnya mereka sembah. Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka dari ketakutan dan bahaya.

Monday, January 18, 2016

Sifat Mustahil Bagi Rasul

KAZZAB [Dusta]
Rasul tidak berdusta.
Semua perkara yg disampaikan adalah benar.
Allah tidak akan melantiknya sebagai rasul jika ia pendusta.
Umat Islam tidak akan mengetahui kebenaran ajaran Islam.

KHIANAT [Pecah Amanah]
Rasul tidak khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yg diberikan.

KITMANUN [Menyembunyikan]
Rasul tidak menyembunyikan perkara yg diperintahkan kepadanya.

BALADAH [Bodoh]
Rasul tidak bodoh.
Sekiranya mereka bodoh sudah tentu mereka tidak dpt melaksanakan amanah yg berat dgn cemerlang.


wallahualam...,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site