- Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
- Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts
Monday, August 15, 2016
Perkara-perkara sunat dalam solat
Sunat Hai'ah. Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.
Wednesday, December 16, 2015
Perkara-perkara yang membatalkan solat
Tidak sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dilakukan dan perlu di ulang semula, dan diantaranya ialah:-
wallahualam
- Batal wuduk.
- Makan dan minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
- Terbuka aurat.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
- Terdapat najis di badan, pakaian atau tempat solat.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham atau ketawa.
- Berubah niat.
- Mendahului imam.
- Meninggalkan rukun solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Murtad, gila atau hilang akal
wallahualam
Tuesday, August 18, 2015
Dalil dan Syarat wajib solat
Dalil Al-Quran.
Maksudnya: "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari tuhanmu dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan". {149} "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) ". {150} [SURAH AL-BAQARAH AYAT 149-150]
Wednesday, April 1, 2015
Rukun Solat
Rukun solat adalah sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rukun qalbi (diingat dan ditetapkan dalam hati), fi'li (perbuatan) dan qauli (sebutan dan bacaan sekurang-kurang didengari diri sendiri).
Monday, December 22, 2014
Mendirikan solat
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Thursday, December 27, 2012
Syarat Sah Sembahyang
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Thursday, November 29, 2012
Angkara Meninggalakan Solat
Subscribe to:
Posts (Atom)



