Wednesday, December 6, 2017

Merendah Diri (Tawadhuk)

بســـــم الله الرحمن الرحيم
الســـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya, kebahagiaan dan kemuliaan sejati adalah dimiliki oleh kekasih-kekasih Allah, iaitu insan-insan yang ketika di dunia selalu bermuraqabah kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya, tanpa rasa jemu dan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT.

Bukan orang yang tawadhuk itu merasa bahawa ia telah mengalah, tetapi orang yang tawadhuk itu ialah bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapat syurga dengan amal dan ibadah melainkan dengan kehendak dan kekusaan Allah SWT.

Thursday, November 16, 2017

Sifat mahmudah


  • Taubat (membersih hati)
  • Khauf (takut kepada Allah)
  • Zuhud (menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
  • Syukur (memuji setiap nikmat daripada Allah)
  • Ikhlas (setiap perbuatan hanya untuk keredhaan Allah)
  • Tawakal (menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
  • Muhabbah (sentiasa ingat kepada Allah)
  • Redha (tenang hati terhadap apa yang dating daripada Allah)
  • Zikrulmaut (bersiap sedia dan sentiasa mengingati mati)

Tuesday, January 17, 2017

Nabi Ibrahim AS

Nabi Ibrahim AS adalah nabi dan rasul keenam yang wajib kita ketahui. Nabi Ibrahim AS merupakan antara Lima Nabi/Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah.

Monday, November 21, 2016

Usmatul Rasul (Maksum)

  • Rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang boleh mecemarkan kemuliaan, ketaatan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah swt
  • Nabi dan Rasul mendapat bimbingan wahyu. 
  • Nabi dan Rasul tidak bercakap mengikut hawa nafsu. Mereka adalah tepat dan benar.
  • Rasul dan Nabi terpilih disisi Allah
  • Diutuskan menjadi contoh teladan kepada manusia
  • Terpelihara melakukan perkara yg bercanggah


wallahualam...

Monday, August 15, 2016

Perkara-perkara sunat dalam solat

Sunat Hai'ah. Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.

  • Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  • Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site