Walaupun tidak ada hadis sahih menyebut bagaimana cara Nabi SAW memotong kuku, tp yg pasti menjaga kebersihan diri dan menjaga penampilan diri adalah salah satu daripada sunah yang boleh kita amalkan., mudah-mudahan setiap perkara yang kita lakukan dikira ibadah., selamat beramal., wallahualam...
Monday, August 18, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Bulan Syawal
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrah dan diampun dosa. Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bualan Syawal umat Islam sangat banyak melakukan amalan silaturahim, dan menyucikan diri dengan saling bermaafan.
Syawal dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Wednesday, July 16, 2014
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.
Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras, gandum dan sebagainya.
Monday, June 30, 2014
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Monday, June 16, 2014
Ketaatan kepada Rasul
Beriman kepada Rasul merupakan Rukun iman yang keempat. Setiap muslim wajib beriman kpd 25 orang rasul yg disebut dlm al-Quran. Mereka yg mengingkari salah seorang Rasul tersebut terbatal imannya. Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu rasul.
Setiap orang yg beriman wajib mentaati segala perintah Rasul kerana ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah swt. Sebaliknya orang yg ingkar perintah Rasul bererti mengingkari perintah Allah swt. Ketaatan yg mutlak wajib diberi kpd Rasul kerana baginda pembawa ajaran islam yg lengkap & sempurna. Umat islam wajib merujuk semua urusan kehidupan kpd Al-Quran & al-Sunnah.
wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)