- Nabi ialah Orang yang membawa berita ghaib manakala Rasul ialah utusan kepada sesuatu tempat atau kaum
- Nabi ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, tetapi tidak diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain, manakala Rasul ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya dan diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain.
- Nabi ialah Ramai tetapi tidak dapat dipastikan manakala Rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang
- Nabi tidak ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan tidak ditentukan umat yang dipimpin manakala Rasul ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan Ditentukan umat yang dipimpin
Tuesday, November 4, 2014
Perbezaan Nabi dan Rasul
Monday, October 20, 2014
Kisah Hasan, Husein dan Abdullah
Satu hari Hasan bin Ali, Husein bin Ali dan sepupu mereka Abdullah bin Ja'far bermusafir dari madinah ke mekkah, dalam perjalanan tanpa mereka sangka unta yang membawa barang² termasuk bekalan mereka telah lari dengan tiba². Ini menyebabkan mereka tersangat lah lapar dan dahaga.
Mahu atau tidak mereka terpaksa juga mengharungi padang pasir yang tandus dan kontang itu menuju ke mekkah. Setelah beberapa ketika di saat mereka merasa tersangat lapar dan dahaga mereka tiba di sebuah rumah yang agak usang dan kecil. Rumah itu didiami oleh sepasang suami isteri yang agak tua, tetapi pada masa itu hanya si isteri sahaja yang berada dirumah.
Tuesday, October 7, 2014
Perkara yang membatalkan syahadah
Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari. Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim. Sabda rasulullah saw
Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.
Sabda rasulullah saw lagi
Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina, orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.
Thursday, September 18, 2014
Nabi Nuh as
Nabi Nuh as merupaka antara lima nabi dan Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterimanya dalam menyampaikan agama Allah. Nabi Nuh as merupakan keturunan yang ke-10 daripada nabi Adam as. Diriwayatkan bahawa baginda adalah orang yang berumur paling panjang didunia. Ada ulama mengatakan umurnya 950 tahun dan ada yg mengatakan umur nabi Nuh as mencapai 1000 tahun. Baginda dilantik menjadi nabi dan rasul pada usia 480.
Tuesday, September 2, 2014
Bulan Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar Islam. Zul ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".
Subscribe to:
Posts (Atom)



