Monday, June 30, 2014

Ramadhan


Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Monday, June 16, 2014

Ketaatan kepada Rasul


Beriman kepada Rasul merupakan Rukun iman yang keempat. Setiap muslim wajib beriman kpd  25 orang rasul yg disebut dlm al-Quran. Mereka yg mengingkari salah seorang Rasul tersebut terbatal imannya. Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu rasul.

Setiap orang yg beriman wajib mentaati segala perintah Rasul kerana ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah swt. Sebaliknya orang yg ingkar perintah Rasul bererti mengingkari perintah Allah swt. Ketaatan yg mutlak wajib diberi kpd Rasul kerana baginda pembawa ajaran islam yg lengkap & sempurna. Umat islam wajib merujuk semua urusan kehidupan kpd Al-Quran & al-Sunnah.

wallahualam...

Wednesday, May 21, 2014

Israk Mikraj


Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang terjadi kepada nabi kita Muahammad SAW. Baginda di iringi oleh Malaikat Jibril dan Mikail juga seekor haiwan yang disebut Buraq. Baginda di israk dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin), kemudian baginda di mikraj ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy.

Peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau bersamaan 622 M (tarikh sebenar berlakunya Israk Mikraj menjadi perselisihan di kalangan ulama). Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Wednesday, May 7, 2014

Rejab

Rejab adalah bulan ke-7 islam yang bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qati'e dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Wednesday, April 23, 2014

Rukun Syahadah

Rukun Syahadah Empat perkara
  1. Mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada, dan adaNya tidak berjirim dan berjisim, adaNya sedia, adaNya tiada permulaan dan kesudahan, adaNya tidak binasa, adaNya bersalahan bagi yang baru, adaNya tidak sama dengan wujud yang baru, adaNya dengan sendiri, mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa, adaNya mustahil berbilang-bilang.
  2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata.
  3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.
  4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.


Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :
  • Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
  • Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah


wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site