Nabi Idris AS adalah nabi dan rasul ke 2 dikalangan 25 rasul yang wajib kita ketahui. Baginda merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam AS iaitu putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam AS. Nabi Idris AS juga merupakan keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya' mengatakan bahawa Nabi Idris AS sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.
Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris AS di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." Maryam : 56 - 57
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh." Anbiya : 85 - 86
Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walaubagaimanapun, Nabi Idris AS telah berdoa ke hadrat Allah SWT dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.
Nabi Idris AS menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.
wallahualam...
terimakasih sudah berbagi :D
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteNabi Idris....kalau xsilap yaya Nabi Idris yang 'rapat' dengan malaikat Izrail kan..malaikat maut..
Nabi Idris juga yang telah membutakan sebelah mata Iblis...buta sebelah mata smpi dibangkitkan di hari kiamat nti
Waalahua'lam.. =) suka kisah Nabi Idris ni ^_^
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeleteterima kasih yer.. mama tumpang baca
ReplyDeletethanks kenkadang dah lupa cerita2 mcm nie... masa gi mengaji malam je ustaz duk cerita slps solat maghrib... rindunya,,,
ReplyDelete