Tuesday, November 4, 2014

Perbezaan Nabi dan Rasul


  • Nabi ialah Orang yang membawa berita ghaib manakala Rasul ialah utusan kepada sesuatu tempat atau kaum
  • Nabi ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, tetapi tidak diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain, manakala Rasul ialah Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya dan diperintahkan menyampaikan risalah kepada orang lain.
  • Nabi ialah Ramai tetapi tidak dapat dipastikan manakala Rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang
  • Nabi tidak ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan tidak ditentukan umat yang dipimpin manakala Rasul ditugaskan menyampaikan wahyu Allah dan Ditentukan umat yang dipimpin


Tugas-tugas Rasul
  • Menyampaikan wahyu Allah swt
  • Membimbing manusia mengenal Allah dan membersihkan hati daripada perkara syirik
  • Mengajar manusia cara beribadat dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat Allah swt
  • Menjadi teladan kepada umat manusia dalam segenap lapangan hidup 


Menurut setengah ulama' Bilangan semua Nabi ialah seramai 124,000 orang dan bilangan Rasul ialah 313 orang.

p/s : Rasulullah saw tidak meninggalkan harta kekayaan kepada kita, tetapi baginda meninggalkan al-Quran, Hadis dan Sunnah sebagai panduan kepada kita untuk diamalkan..,
Wallahualam..,

3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    thanks share info...
    dah tau tp yela,kan ini semua belajar masa sekolah..kdng terlupa..
    trma ksh mgingatkan =)

    ReplyDelete
  2. kena ingat tu.. perkara penting :)

    ReplyDelete
  3. Sekadar berkongsi setahu saya dan dalam al quran nur karim nabi berpesan jadikan alquran itu panduan hidup dan sunnah sebagai contoh akidah dan penghidupan.. Hadis tiada di sebut .. Wallahualam misawap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site