Thursday, December 27, 2012

Syarat Sah Sembahyang


Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.

Monday, December 17, 2012

Bulan Safar


Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.

Thursday, December 6, 2012

Hormat Azan


Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ Tidaklah seseorang jin dan manusia atau sesuatu benda apapun yang mendengar suara panggilan azan itu, melainkan akan menyaksikan amalan baik orang itu esok pada hari kiamat. “ ( Riwayat Bukhari )

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Thursday, November 29, 2012

Angkara Meninggalakan Solat


Solat Subuh
Sekali meninggalkannya akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

Solat Zuhur
Jika meninggalkan sekali solat Zohor, dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

Wednesday, November 21, 2012

Kelebihan Bulan Muharam


Muharam adalah bulan pertama dalam bulan Islam yang bererti diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah



Doa Akhir Tahun
Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, segala pujian bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Thursday, November 8, 2012

Rukun Islam dan Rukun Iman


Percaya atau tidak ada diantara kita ni yang semasa kecil macam-macam doa dan surah yang kita hafal, tapi bila kita dewasa dan ditanya tentang RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM ada yang tergagap-gagap dan tak boleh nak jawab., Jom kita imbas kebali ke dua-dua rukun ini yang sering kita abaikan.,

Thursday, November 1, 2012

Ya’juj dan Ma’juj - Tanda Kiamat Besar


Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakkan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Wednesday, October 17, 2012

Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Bulan Zulhijjah adalah salah satu diantara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah. Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah.

Wednesday, October 10, 2012

Turunnya Nabi Isa - Tanda Kiamat Besar


Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

Nabi SAW mengisahkan dalam haditsnya: “(Lalu Dajjal datang ke gunung Iliya, sehingga ia mengepung sekelompok dari kaum muslimin). (Maka kaum muslimin diliputi rasa takut yang sangat), (sehingga orang-orang lari dari Dajjal menuju gunung-gunung).”

Ummu Syuraik mengatakan: “Wahai Rasulllah, di mana orang-orang Arab ketika itu?” Beliau menjawab: “Mereka ketika itu sedikit dan imam mereka seorang lelaki shalih.” [Rasulullah mengatakan: “Al-Mahdi dari kami, ahlul bait (dari anak keturunan Fathimah).”] (Allah menyiapkannya dalam waktu semalam) (namanya sesuai dengan namaku, dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku) (dahinya lebar dan hidungnya mancung), (ia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kecurangan dan kezhaliman), (ia berkuasa selama tujuh tahun).” Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dua kelompok dari umatku yang Allah lindungi mereka dari neraka. Satu kelompok memerangi India dan satu kelompok bersama Isa bin Maryam.”

Wednesday, October 3, 2012

Dabbah-Binatang besar - Tanda Kiamat Besar


Dabbah - Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Firman Allah, “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82).

Sifat Binatang Ini
Bentuk dan perbuatannya yang lain dari biasa serta boleh berbicara dan berdialog dengan manusia dan dia memberi cap iman atau kufur kepada mereka.

Tuesday, September 25, 2012

Dajjal - Tanda Kiamat Besar


Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Sifat² Badannya 
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim) 

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun. 

Wednesday, September 5, 2012

Dukhan (asap) - Tanda Kiamat Besar


Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Antara dalil-dalil tentang hal ini dari Al-Qur`an adalah:

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah adzab yang pedih.” (Ad-Dukhan: 10-11)

Al-Qurthubi rahimahullahu berkata: “Mujahid rahimahullahu berkata: ‘Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dahulu berkata: Itu adalah dua asap. Salah satunya telah terjadi. Adapun yang belum terjadi, asapnya akan memenuhi antara langit dan bumi. Asap itu akan menyebabkan seorang yang beriman akan terkena semacam selesma, sedangkan orang kafir akan tembus pendengarannya’.” (Diambil dari Asyrathus Sa’ah, hal. 383-388)

Wallahualam...

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri

                                                                          design by : zuhdi sanusi

Ihklas dari Melodi Usang (tuan tanah - zuhdi sanusi) Maaf Zahir Batin

Friday, July 20, 2012

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433.

Memandangkan Esok dah puasa aku nk flashback pekara2 yang membatalkan puasa, walaupun korang dah tau tp ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri supaya aku tak lupa.,

Friday, July 6, 2012

Kiamat Sudah Dekat!...

Hari kiamat ditanda dengan bunyi terompet sangkakala oleh Malaikat Israfil atas perintah dari Allah SWT. Setelah semua makhuk yang hidup mati maka Allah SWT akan kembali memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup terompet untuk kali kedua bagi membangunkan kesemua manusia yang telah mati.

Monday, June 4, 2012

Dosa Besar


Hadis :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah? "Baginda berkata:"Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim

Tuesday, May 29, 2012

Pintu Syurga


1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas.
- orang yang beriman
- orang yang khusyu dalam shalatnya
- orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna
- orang yang menunaikan zakat
- orang yang menjaga kemaluannya
- orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya
- orang yang memelihara solatnya

Pintu Neraka


1. Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.

2. Jahiim
Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.

3. Saqar
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.

4. Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.

5. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.

6. Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.

7. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka.  Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

wallahualam...

Thursday, May 24, 2012

Mat Lutfi Punya Video


Jom kite layan video ni jap., tak rugi pun., bukan kena bayar pun., pas tu pandai2 la pikir sendiri eik., hehe. Kalau tanya aku, aku cakap siapa2 yang tolak hukum hudud sama la dia menolak tuhan., sebab hudud bukan manusia yang buat, takda alasan untuk cakap hudud tak sesuai untuk zaman sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site