Friday, July 20, 2012

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433.

Memandangkan Esok dah puasa aku nk flashback pekara2 yang membatalkan puasa, walaupun korang dah tau tp ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri supaya aku tak lupa.,



Perkara yang membatalkan puasa
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
  • Kedatangan haidh, nifas atau bersalin (bagi wanita)
  • Menjadi gila
  • Pitam sepanjang hari
  • Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
  • Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari
  • Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Kalau tak silap aku ni jerla kot, kalau ada yang tak betul atau ada yang tertinggal tu, tolong la bagitau, selamat berpuasa..,

3 comments:

  1. kalau mengeluarkan darah, baik darah menstruasi atau darah murni apakah membatalkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedatangan haidh, nifas atau bersalin (batal) :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site