Wednesday, January 21, 2015

Kepentingan beriman kepada Rasul


Setiap muslim wajib mempercayai kesemua 25 orang rasul. Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian rasul, kerana semua rasul membawa risalah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw.

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):
"Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Surah al-Baqarah ayat 285

25 Rasul yang wajib diketahui

Adam AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS, Soleh AS, Ibrahim AS, Luth AS, Ismail AS, Ishak AS, Yakub AS, Yusuf AS, Ayub AS, Syueb AS, Musa AS, Harun AS, Zulkifli AS, Daud AS, Sulaiman AS, Ilyas AS, Ilyasa AS, Yunus AS, Zakaria AS, Yahya AS, Isa AS, Muhammad SAW. 

Lima Nabi/Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:

1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.

wallahualam..,

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site