- Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
- Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Showing posts with label rukun islam. Show all posts
Showing posts with label rukun islam. Show all posts
Monday, August 15, 2016
Perkara-perkara sunat dalam solat
Sunat Hai'ah. Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.
Wednesday, December 16, 2015
Perkara-perkara yang membatalkan solat
Tidak sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dilakukan dan perlu di ulang semula, dan diantaranya ialah:-
wallahualam
- Batal wuduk.
- Makan dan minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
- Terbuka aurat.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
- Terdapat najis di badan, pakaian atau tempat solat.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham atau ketawa.
- Berubah niat.
- Mendahului imam.
- Meninggalkan rukun solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Murtad, gila atau hilang akal
wallahualam
Tuesday, August 18, 2015
Dalil dan Syarat wajib solat
Dalil Al-Quran.
Maksudnya: "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari tuhanmu dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan". {149} "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) ". {150} [SURAH AL-BAQARAH AYAT 149-150]
Wednesday, April 1, 2015
Rukun Solat
Rukun solat adalah sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rukun qalbi (diingat dan ditetapkan dalam hati), fi'li (perbuatan) dan qauli (sebutan dan bacaan sekurang-kurang didengari diri sendiri).
Monday, December 22, 2014
Mendirikan solat
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Monday, November 17, 2014
Tuntutan dua kalimah syahadah
- Membanyakkan zikir la ilaha illallah dan membenarkan maksudnya.
- Menjauhi perkara yang bertentangan dengan dua kalimah syahadah iaitu amalan kufur, syirik, nifak, bid’ah, maksiat dan lalai.
- Melaksanakan perkara yang dituntut daripada amalan wajib dan sunnat khususnya rukun Islam yang lima.
- Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
- Menyebarkan akidah tauhid kepada sekelian manusia lebih-lebih lagi ke atas diri, keluarga dan masyarakat.
Tuesday, October 7, 2014
Perkara yang membatalkan syahadah
Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari. Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim. Sabda rasulullah saw
Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.
Sabda rasulullah saw lagi
Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina, orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.
Wednesday, July 16, 2014
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.
Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras, gandum dan sebagainya.
Wednesday, April 23, 2014
Rukun Syahadah
Rukun Syahadah Empat perkara
- Mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada, dan adaNya tidak berjirim dan berjisim, adaNya sedia, adaNya tiada permulaan dan kesudahan, adaNya tidak binasa, adaNya bersalahan bagi yang baru, adaNya tidak sama dengan wujud yang baru, adaNya dengan sendiri, mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa, adaNya mustahil berbilang-bilang.
- Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata.
- Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.
- Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.
Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :
- Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah
- Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
- Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
- Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah
wallahualam...
Tuesday, February 25, 2014
Mengucap dua kalimah syahadah
Syahadah atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad SAW sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut agama Islam. Mengucapkan Kalimah Syahadah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Thursday, December 27, 2012
Syarat Sah Sembahyang
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Thursday, November 29, 2012
Angkara Meninggalakan Solat
Thursday, November 8, 2012
Rukun Islam dan Rukun Iman
Friday, July 20, 2012
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433.
Memandangkan Esok dah puasa aku nk flashback pekara2 yang membatalkan puasa, walaupun korang dah tau tp ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri supaya aku tak lupa.,
Subscribe to:
Posts (Atom)








