Monday, December 22, 2014

Mendirikan solat


Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Bagi mazhab Hanafi solat witir adalah wajib, manakala pendapat imam Syafie, solat witir hukumnya sunat mu’akkad.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang bermusafir, mereka diringankan dengan diharuskan kepada mereka untuk menjamak dan menqasarkan solatnya.

wallahualam...

1 comment:

  1. nice sharing...


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site