Wednesday, November 21, 2012

Kelebihan Bulan Muharam


Muharam adalah bulan pertama dalam bulan Islam yang bererti diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Peristiwa-Peristiwa Penting di bulan MUHARAM

10 Muharam - Dinamakan juga 'Hari Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari yang lain?" Jawab Baginda SAW:
  • Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang, gunung-ganang, lautan dan sebagainya
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
  • Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz
  • Diciptakan Nabi Adam AS dan dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga
  • Dilahirkan Nabi Ibrahim AS
  • Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud
  • Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan
  • Ditenggelamkan Fir'aun
  • Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS
  • Dilahirkan Nabi Isa AS
  • Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS
  • Diangkat Nabi Isa AS ke langit
  • Diterima taubat Nabi Adam AS
  • Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit
  • Awal-awal rahmat diturunkan
  • Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site