Monday, June 4, 2012

Dosa Besar


Hadis :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah? "Baginda berkata:"Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim



Huraian :
Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
i. Syirik
ii. Sihir
iii. Membunuh
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bersabda, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site