Tuesday, August 5, 2014

Bulan Syawal


Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrah dan diampun dosa. Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bualan Syawal umat Islam sangat banyak melakukan amalan silaturahim, dan menyucikan diri dengan saling bermaafan.

Syawal dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Amalan yang ditentukan Rasulullah Saw pada bulan Syawal adalah puasa sunat selama enam hari, sebagai kelanjutan puasa Ramadhan.

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, besamaan ia telah berpuasa setahun penuh” (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari peperangan menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Didalam bersilaturahim diharapkan kita menjaga adap dan batas pergaulan kita sebagai umat islam agar ibadat kita diberkati dan diterima allah.., insyaalah...


Di antara peristiwa-peristiwa bersejarah Syawal, diantaranya;

  • Dikurniakan hari perayaan, Aidilfitri pada tahun ke 2 Hijrah
  • Perang Uhud pada 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M)
  • Perang Khandak pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi
  • Perang Hunain terjadi pada 3 Syawal tahun ke 8 Hijrah
  • Lahirnya Imam Bukhari (Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari). Beliau lahir di Bukhara, Uzbekistan pada 13 Syawal 194H

wallahualam...

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya, Eidulfitri dari Che Wie

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. singgah.. MU, try baca cerita magis-ramlee awng murshid. ceritanya diolah seakan2 berlakunya khiamat. boleh buka fikiran kita tau. jom.

    ReplyDelete
  4. nice sharing....
    Alhamdulillah.. ^_^

    ReplyDelete
  5. xterlambat lg kan nak ucap selamat hari raya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site