Wednesday, October 17, 2012

Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Bulan Zulhijjah adalah salah satu diantara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah. Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah.

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan
  • Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan.
  • Baiatul Aqabah. Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madhinah). Sebenarnya Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah SAW).
  • Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
  • Umar RA meninggal dunia, Uthman RA dilantik. Umar adalah khalifah ke dua selepas Abu Bakar RA. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza).
  • Ali RA menjadi khalifah yang keempat. Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan Uthman RA, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali RA. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Peristiwa Korban
  • Aidiladha merupakan perayaan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim bersama anak kesayangannya iaitu Nabi Ismail...
  • Apabila Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail. Walaupun teramat sedih dengan berita tersebut, dengan sabar dan penuh keimanan, mereka dua beranak pun bersedia untuk menjalankan perintah Allah..
  • Ternyata Allah Maha Penyanyang, pabila melihat akan ketaaatan nabi Nya dalam menghadapi ujian maha hebat ini, lalu Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan binatang sembelihan yang sangat besar iaitu seekor kibas...

4 comments:

  1. Bilalah nak menjejakkan ke bumi Anbiyak...agaknya!

    ReplyDelete
  2. niat dah ada., insyaalah ada rezki sampai la tu nnt :)

    ReplyDelete
  3. macam2 yang berlaku kan?
    moga kita semua mendapat iktibar.. :)

    ReplyDelete
  4. betol tuh..macam-macam kita leh amik iktibar dr peristiwa2 ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site