Thursday, January 3, 2013

Posisi Tidur


Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Tapi adakah posisi tidur kita betul-betul boleh membantu kita mendapatkan tidur dan merehatkan badan yang berkesan dan secukupnya..,  

Tidur Meniarap 
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya akan menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Tidur menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah dan menyebabkan berdengkur.

Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah agak berumur.

Tidur mengiring ke kanan
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

1 comment:

  1. tidur mgiring ke kanan adlh lebih baik krna ianya Sunnah Rasul SAW..=)
    thanks 4 da sharing.. =>

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site