Wednesday, February 6, 2013

Beriman kepada ALLAH SWT


Beriman kepada Allah adalah teras kepada Aqidah Islam dan juga kepada ajaran Islam itu sendiri. Tidak diterima amalan hamba di sisi Allah tanpa didahului dengan beriman kepada Allah.

Tatkala Rasulullah s.a.w. menghantar Mu’az Ibn Jabal kepada kumpulan ahli Kitab untuk mengajak mereka kepada Islam, perkara pertama yang disuruh oleh Rasulullah ialah menyeru mereka supaya beriman dengan Allah, kemudian barulah menyeru mereka supaya menunaikan kewajipan-kewajipan yang difardhukan.

Pengertian beriman kepada Allah 
Beriman kepada Allah bukan hanya dengan mengakui kewujudanNya, tetapi juga dengan mentauhidkannya iaitu mengakui keesaannya. Secara lebih terperinci, dapatlah kita nyatakan bahawa beriman kepada Allah tidak akan sempurna melainkan dengan beriman wujudnya Allah dan mentauhidkan Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site