Wednesday, May 21, 2014

Israk Mikraj


Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang terjadi kepada nabi kita Muahammad SAW. Baginda di iringi oleh Malaikat Jibril dan Mikail juga seekor haiwan yang disebut Buraq. Baginda di israk dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin), kemudian baginda di mikraj ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy.

Peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau bersamaan 622 M (tarikh sebenar berlakunya Israk Mikraj menjadi perselisihan di kalangan ulama). Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj berbgai perkara yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan yang paling utama ialah baginda menerima kefardhuan solat dan mendapat keringanan solat dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya hingga ke hari ini.


Peristiwa semasa Israk
  • Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina).
  • Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya.
  • Mengambil hikmah dari perjuangan kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  • Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba, suka berbuat zina, tidak amanah, membuat fitnah, mengumpat, menghina dan menjatuhkan maruah orang lain.
  • Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia
  • Perumpamaan umur dunia yang sudah tua (seorang perempuan yang sudah bongkok tiga dan sangat tua).


Peristiwa semasa Mikraj
  • Langit Pertama: Bertemu dengan Nabi Adam AS. 
  • Langit Kedua: Bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  • Langit Ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 
  • Langit Keempat: Bertemu dengan Nabi Idris AS. 
  • Langit Kelima: Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 
  • Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 
  • Langit Ketujuh: Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur.


Peristiwa luar biasa ini merupaka sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad SAW.

wallahualam...

3 comments:

  1. nice sharing...
    prstwa yg pling xboleh lupa wktu Nabi kita mmnta wktu solat utk dkurngkan...
    dari berpuluh tinggal 5 je..SubhanAllah..
    itu pon ramai yg tggal... hm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site