Monday, June 30, 2014

Ramadhan


Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Sabda Rasulullah S.A.W
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Antara peristiwa yang terjadi di bulan Ramadhan :
  • Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad SAW. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M).
  • Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun Ke 2 Hijrah (17 Mac 624 Masihi) di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab. Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.
  • Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah), setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW beserta 10000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala dan membebaskan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan tahun ke 8 Hijrah (Januari 630 Masihi).
  • Peristiwa penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin al Walid ke a’za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah. Di utus Amru bin al A’s ke Suwa’. Lebih kurang 3 km dari Mekah. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.
  • Pengislaman rombongan tsaqif berlaku pada tahun ke 9 Hijrah selepas kepulangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. 
  • Pembukaan Andalus, Spepanyol berlaku pada tahun ke 92 Hijrah. Diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan al Buhairah.
  • Perangan Ain Jalut berlaku pada Ramadhan tahun 658 Hijrah di antara Mamluk Mesir dan Mongol di Palestin, di Lembah Jezreel di Galilee. Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat
wallahualam...

5 comments:

  1. banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan yang saya tidak tahu. terima kasih atas perkongsian yang menarik ini :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik..trima ksh..
    selamat bpuasa... =)

    ReplyDelete
  3. bulan ramadhan yg penuh keberkatan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site