Thursday, September 18, 2014

Nabi Nuh as

Nabi Nuh as merupaka antara lima nabi dan Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterimanya dalam menyampaikan agama Allah. Nabi Nuh as merupakan keturunan yang ke-10 daripada nabi Adam as. Diriwayatkan bahawa baginda adalah orang yang berumur paling panjang didunia. Ada ulama mengatakan umurnya 950 tahun dan ada yg mengatakan umur nabi Nuh as mencapai 1000 tahun. Baginda dilantik menjadi nabi dan rasul pada usia 480.

Nabi Nuh as diutus oleh Allah untuk menyeru kaumnya yang telah banyak menyeleweng setelah lama ketiadaan nabi dan telah mula menyembah berhala. Nabi Nuh as telah menyeru kaumnya beriman kepada Allah seperti yang diceritakan oleh Allah didalam Al-quraan.

Bertahun-tahun baginda berusaha menyeru kaumnya beriman kepada Allah, namun kaumnya sangat degil dan sombong serta memperbodoh-bodohkan seruan nabi Nuh as. Dikatakan jumlah kaumnya yang mengikut baginda adalah kurang daripada 100 orang. Akhirnya Allah menurunkan kepada mereka siksaan berupa banjir besar. Maka seluruh kaumnya telah mati kecuali mereka yang beriman kepada Allah iaitu mereka yang mengikut seruan nabi Nuh as. Anak dan isteri nabi Nuh as sendiri termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman dan diseksa bersama orang kafir yang lain.

Peringatan Allah
Setelah nabi Nuh as puas beribadah kepada kaumnya, baginda memohon kepada Allah semoga diberi petunjuk. Allah telah memberi peringatan kepada kaum nabi Nuh as bahawa siksa akan diturunkan dan menyuruh nabi Nuh as membina sebuah kapal.

Baginda dan pengikutnya mula mebina kapal dan apabila dilihat oleh kaumnya mereka mula mengejek dan mengatakan nabi Nuh as telah gila serta berkata "hai Nuh, sebelum ini engkau mengtakan engkau seorang nabi, dan sekarang kenapa pula engkau jadi tukang kayu", "apa guna engkau bina kapal diatas darat?, disini bukan sungai atau laut".

Segala hinaan diterima nabi Nuh as dengan sabar. Tidak lama kemudian selesailah kapal nabi Nuh as dan janji Allah mulai datang. Hujan turun tidak henti dan lebat sekali, angin taufan juga bertiup dengan kuatnya. Allah telah memerintahkan nabi Nuh as membawa pengikutnya beserta binatang ternakan naik ke atas kapal.

Kaumnya yang ingkar itu bertempiaran lari ketempat tinggi untuk menyelamatkan diri, tetapi air semakin tinggi dan menenggelamkan segala-galanya. Ketika diatas kapal nabi Nuh as telah menyeru anak nya supaya beriman kepada Allah dan naik keatas kapal, namun anaknya masih degil dan kufur akhirnya mati ditelan ombak. Nabi Nuh as salam berasa sangat sedih melihat anaknya namun baginda telah ditegur llah bahawa anak yang derhaka itu bukan keluarganya lagi, lalu bginda insaf dan bersyukur kepada Allah.

Demikianlah Allah menceritakan perkhabaran nabi Nuh as serta umatnya supaya kita dapat mengambil pengajaran.

wallahualam...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site