Monday, October 20, 2014

Kisah Hasan, Husein dan Abdullah


Satu hari Hasan bin Ali, Husein bin Ali dan sepupu mereka Abdullah bin Ja'far bermusafir dari madinah ke mekkah, dalam perjalanan tanpa mereka sangka unta yang membawa barang² termasuk bekalan mereka telah lari dengan tiba². Ini menyebabkan mereka tersangat lah lapar dan dahaga.

Mahu atau tidak mereka terpaksa juga mengharungi padang pasir yang tandus dan kontang itu menuju ke mekkah. Setelah beberapa ketika di saat mereka merasa tersangat lapar dan dahaga mereka tiba di sebuah rumah yang agak usang dan kecil. Rumah itu didiami oleh sepasang suami isteri yang agak tua, tetapi pada masa itu hanya si isteri sahaja yang berada dirumah.

Oleh kerana terlalu dahaga, mereka terus berkejar kerumah itu dan mendapatkan tuan rumah untuk meminta air. "Makcik kami bertiga ini sedang bermusafir dari Madinah ke Mekah, tapi nasib tidak menyebelahi kami dan unta yang membawa semua barang² telah lari bersama semua bekalan kami, jadi jika ada sedikit minuman boleh tidak makcik berikan kepada kami", tanya mereka kepada makcik di rumah itu. Makcik ni tanpa bertanyakan latar belakang dan dengan ihklasnya bekata "Disebelah rumah ni ada seekor kambing, pergi la kamu perah dan minum susunya, tapi jagan berkasar sangat kerana kambing tu agak tua". Lalu pergi lah mereka bertiga memerah dan minum susu kambing itu.

Setelah selesai minum mereka bertanya lagi, "Makcik jika tidak keberatan boleh tidak berikan kami sedikit makanan untuk kami hilangkan rasa lapar". Lalu Makcik tu pun menjawab "Makanan ada, tapi rasanya tak cukup untuk kamu bertiga, jadi kamu pergi lah sembelih kambing tadi tu, nanti Makcik masak untuk kamu semua".

Dipendekkan cerita selesai lah mereka makan dan mahu meneruskan perjalanan. Sebelum mereka berangkat mereka berkata kepada Makcik itu "Terima kasih Makcik, Makcik benar² ihklas melayan kami, sedangkan makcik tidak kenal pun siapa kami, kami ini dari keturunan Bani Hashim dan jika bila² Makcik datang ke Madinah makcik cari kami disana, kami akan ganti semula kambing yang telah kami makan tadi".

Pada petangnya si suami pun pulang dan didapati kambingnya telah tiada lalu betanyalah kepada isterinya. Setelah dicerita akan peristiawa 3 pemuda itu melentinglah si suami kerana isterinya telah memberi makan kepada 3 orang yang tidak dikenali asal usulnya, tambahan pula satu² nya kambing mereka juga menjadi hidangan kepada orang yang tidak dikenali. Bertengkarlah mereka pada hari itu, dan kisah 3 pemuda itu terus mereka lupakan.

Selang beberapa tahun yang agak lama, pasangan tua ini dilanda kesempitan hidup yang memaksa mereka berpindah dan mencari pekerjaan di Madinah. Di Madinah mereka bekerja mengutip najis unta pada siang hari dan menjualnya pada malamnya.(oleh kerana di kawasan padang pasir pokok² sangat sedikit, jadi pada zaman itu najis unta kering dijadikan alternatif kepada bahan bakar bagi menggantikan kayu)

Pada satu hari sedang Makcik ni mengutip najis unta yang kebetulan di depan rumah Hasan. Hasan yang ternampak Makcik tu lalu menegurnya "Makcik, masih kenalkah Makcik pada saya". "Maaf la anak muda, Makcik tak ingat lansung., kita pernah jumpa dimana² ke?" kata Makcik tu. 

Maka Hasaan pun menceritakan lah segalanya, namun Makcik itu tidak ingat sedikit pun. Hasan pun berkata "macam ni lah Makcik, masa itu saya dah berjanji untuk menggantikan semula kambing yang telah kami makan itu, jadi hari ini saya akan tunaikan janji itu". Lalu di panggilnya khadam dan meminta khadam ke pekan untuk membeli 1000 ekor kambing. "Makcik, ini 1000 ekor kambing dan 1000 wang dinar emas sebagai ganti kambing makcik itu" kata Hasan kepada Makcik itu. Kemudian dia meminta agar khadamnya membawa Makcik itu kerumah adiknya Husein. Dipendekan cerita Husein juga mengikut abangnya dan memberi 1000 ekor kambing dan 1000 wang dinar emas kepada Makcik itu.

Selepas itu Husein meminta Khadam membawa kerumah sepupunya Abdullah. Maka terkejut lah Abdullah apabila Makcik ni bersama Khadam Hasan berdiri didepan rumahnya. "Makcik masih ingat kah pada saya?" tanya Abdullah kepada Makcik itu. Makcik itu menjawab "maaf la anak muda, Makcik dah tak ingat semuanya". "Beginilah Makcik, Makcik datang kesini bersama Khadam sepupu saya Hasan, maksudnya mesti Makcik sudah berjumpa denga sepupu² saya, jadi berapa mereka bagi pada Makcik" tanya Abdullah. Lalu Makcik itu menjawab "benar anak muda, saya telah berjumpa dengan mereka berdua dan setiap seorang daripada mereka memberi 1000 ekor kambing dan 1000 wang dinar emas".

"Makcik, mereka berdua tu adalah cucu kesayangan kepada Nabi Muhammad SAW, saya ni bukan la siapa² jika mahu dibandingkan dengan mereka tu. Jadi beginilah Makcik, apa yang mereka bagi saya akan ikut malah saya akan gandakan semuanya, ini 2000 wang dinar emas saya hadiahkan kepada Makcik sebagai belanja, dan meminta Khadam tadi membeli 2000 ekor kambing.

Maka pada hari itu pulang lah Makcik ni bersama 4000 ekor kambing dan 4000 wang dinar emas. Apabila sampai dirumah, terkejut lah suami nya dan bertanya "darimana kamu dapat wang emas dan kambing sebanyak ini". Dengan perlahan makcik tu menjawab dan berkata kepada suaminya "ini lah nilai gantinya bagi seekor kambing tua".

wallahualam...

3 comments:

  1. boleh djdikn pgjrn...
    thanks share...

    ReplyDelete
  2. bagus entri ni.. thanx sudi share denagn kami

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mu kongsi cerita yg menarik!
    Trima kasih atas pkongsian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site