Tuesday, January 17, 2017

Nabi Ibrahim AS

Nabi Ibrahim AS adalah nabi dan rasul keenam yang wajib kita ketahui. Nabi Ibrahim AS merupakan antara Lima Nabi/Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah.

Semenjak muda lagi baginda sentiasa mencari siapakah tuhan yang patut disembah. Baginda pernah menyangka bulan, matahari dan bintang sebagai tuhannya. Tetapi bila tanda-tanda tersebut hilang dari pandangan maka Nabi Ibrahim AS mula hilang keyakinan pada tanda-tersebut. Akhirnya baginda mendapati bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah dan tuhan kepada semuah mahkluk.

Nabi Ibrahim AS memcah berhala.
Pada zaman Nabi Ibrahim AS, kaumnya sangat kuat menyembah berhala. Ayahnya sendiri adalah tukang tukang pembuat berhala. Tetapi Nabi Ibrahim AS tidak suka dengan amalan-amalan kaumnya.

Pada suatu hari ketika penduduk negeri itu keluar berburu, Nabi Ibrahim AS telah memecahkan kesemua berhala dengan sebilah kapak kecuali sebuah berhala yang terbesar dan menggantungkan kapak pada berhala besar itu. Setelah Raja Namrud dan pengikutnya pulang dari berburu, mereka terkejut melihat patung-patung mereka telah musnah dan mengesayaki Nabi Ibrahim AS lah yang telah memcahkan patung berhala mereka. Tetapi Nabi Ibrahim AS pura-pura menafikan sambil berkata "Aku kira berhala yang besar itulah yang telah memecahkan berhala-berhala yang lain, tanyalah kepadanya". Kaumnya berasa disindir dan akhirnya mereka tahu juga bahawa semua itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim AS dibakar.
Raja namrud telah mengarahkan Nabi Ibrahim AS dibakar hidup-hidup dikhalayak ramai. Ketika api dinyalakan Allah berfirman yang bermaksud "Wahai api! Jadilah engkau sejuk dan selamat untuk Ibrahim" maka Nabi Ibrahim AS pun selamat daripada hangus, dan semua yang menyaksikan peristiwa itu berasa sangat hairan. Raja Namrud sangat kecewa kerana Nabi Ibrahim AS tidak mati, lalu dia menghalau Nabi Ibrahim AS dari negeri itu.

Keluarga dan doa Nabi Ibrahim AS
Nabi Ibrahim AS berkahwin dengan Siti Sarah, setelah lama berkahwin baginda belum juga dikurniakan anak walaupun umurnya telah lanjut. Akhirnya Nabi Ibrahim AS berkahwin pula dengan Siti Hajar dan baginda sentiasa memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak.

Akhirnya Nabi Ibrahim AS dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkawinan baginda dengan Siti Hajar, dan anak itu diberi nama Ismail. Tidak lama kemudian isterinya Siti Sarah pula melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Ishak.

Nabi Ibrahim AS selalu bermohon supaya anak-anak dan keturunannya menjadi pemimpi umat pada masa akan datang. Nabi Ismail melahirkan keturunan bangsa arab, dan Nabi ishak melahirkan keturunan bangsa yahudi. Daripada keturunan arab dan yahudi telah banyak lahirnya Nabi dan Rasul berkat doa Nabi Ibrahim AS yang telah dikabulkan oleh Allah.

wallahualam...

11 comments:

  1. Good sharing. Rewind blk kisah para Nabi yang penah kita baca dulu. ��

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini.

    ReplyDelete
  3. salam. alhamdulillah, sangat bermanfaat blog awak ni. mengingatkan kami kembali kisah-kisah para nabi :')

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya banyak kita boleh belajar dari kisah2 Nabi kita kan. TQ share kisah Nabi Ibrahim A.S. :)

    ReplyDelete
  6. Kisah nabi. Teringan zaman sekolah rendah, ustazah sellau cerita pasal nabi sebelum belajar topik baru :)

    ReplyDelete
  7. saya ada tengok filem luar berkaitan nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim as memang hebat

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site