Wednesday, January 30, 2013

Beriman kepada Malaikat


Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi  mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau  isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Sejarah Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam. Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia. Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail, dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah, maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t. Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut". Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan

Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Jibrail - Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail - Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil - Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail - Mencabut nyawa.
Munkar - Menyoal atau menguji keyakinan orang yang telah mati dialam barzakh
Nakir - Menyoal atau menguji keyakinan orang yang telah mati dialam barzakh
Ridhwan - Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik - Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib - Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid - Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
Zabaniyah - Malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
Hamalatul Arsy - Empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
Kiraman Katibin - Pencatat amal baik dan buruk
Harut dan Marut

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site