Wednesday, July 16, 2014

Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras, gandum dan sebagainya.

Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram.

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH
Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka, hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin".

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH
  • Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara (percakapan / perbuatan) yang lagha dan tidak ada manfaat
  • Untuk memenuhi keperluan orang-orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: "Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini"
  • Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah
  • Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawa

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
  • Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka
  • Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
  • Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
  • Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
  • Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari rayaWaktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama
  • Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan (asnaf):
  • Faqir
  • Miskin
  • Amil
  • Muallaf
  • Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran
  • Orang yang berhutang
  • Orang yang berjuang pada jalan Allah
  • Ibnu sabil (orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan)

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
  • Orang kaya - harta, tenaga dan penghasilannya
  • Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya (majikan)
  • Keturunan Rasulullah S.A.W (keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
  • Orang kafir
  • Orang yang dalam tanggungan penjaganya

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
  • Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya
  • Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya
  • Mengembangkan harta dan mensucikannya
  • Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya

wallahualam...

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site