Monday, March 17, 2014

Arab badwi dan Dhab (biawak padang pasir)


Satu hari ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul bersama dengan sekumpulan para sahabat dalam satu majlis, melintas lah seorang arab badwi yang baru pulang dari memburu. Beliau membawa seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan disimpan didalam lengan baju jubahnya.

Arab badwi itu mula tertarik apabila dia melihat seorang lelaki yang dikelilingi oleh orang ramai. Lalu dia mendekati dan bertanya "siapakah gerangan lelaki yang menjadi tumpuan itu" tanya arab badwi kepada salah seorang sahabat disitu. Apabila diberitahu bahawa orang itu ialah Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentu saja aku sudah penggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Mendengar Kata² arab badwi itu membuatkan Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”. Dengan tenang Nabi SAW menjawab permintaan Umar “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir² diangkat menjadi Nabi?”.

Nabi kemudiannya berkata kepada arab badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”.

Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu, “ katanya sambil mengeluarkan biawak dari lengan bajunya lalu dilemparkan kehadapan Nabi SAW.

Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”

Nabi bertanya “Kepada siapakah engkau beriman?”. Lalu biawak itu pun menjawab “Saya beriman kepada tuhan yang dilangit itu ada arasynya, dibumi itu ada kerajaannya, dilautan itu ada jalannya, disyurga itu ada rahmatnya dan dineraka itu ada azabnya”.

Lalu Nabi bertanya lagi “Wahai Dhab, tahukah engkau aku ini siapa?”. “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!” jawab biawak itu.

Mendengar kata-kata biawak itu, arab badwi itu lantas berkata “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci dan berbagai alasan aku keluarkan untuk menafikan kerasulan engkau, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku dan diriku sendiri.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah dihadapan semua yang hadir.

wallahualam...

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site