Tuesday, March 25, 2014

Beriman Kepada Kitab-kitab Allah


Al-Qur'an Al-Karim
Kitab suci al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pelengkap dan memansuhkan kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya.

Al-Qur'an diturunkan oleh Allah Taala kepada Baginda Nabi s.a.w. untuk menghentikan persengketaan dan perselisihan dalam berbagai-bagai masalah termasuk masalah ketuhanan dan kerasulan.

Al-Qur'an mempunyai tugas yang besar diantaranya.  
  • Mengakui kebenaran yang terkandung dalam kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya, mengenai beribadat kepada Allah semata-mata, beriman kepada Rasul-Rasul-Nya
  • Menjalankan kebenaran dan keadilan
  • Berakhlak dengan sifat-sifat yang mulia dan mengakui benar adanya balasan pada hari akhirat.
  • Mengawasi kitab-kitab terdahulu serta mendedahkan perubahan, pindaan dan tokok tambah yang terdapat dalam kitab-kitab itu yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.  


Hakikat ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an al-Karim, ertinya: 
"Dan Kami turunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab al-Qur'an dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya. (48, Surah al-Maidah).

"Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) kalam Allah (isi kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar. (46, Surah an-Nisaa').

Al-Qur'an merupakan kitab suci yang terpelihara keasliannya dan terselamat pengajarannya daripada sebarang perubahan, pindaan dan tokok tambah, serta telah disambut dan diterima oleh umat Islam dari Nabi Muhammad s.a.w. yang menerimanya dari Malaikat Jibril a.s yang membawa turunnya dari Allah s.w.t.

Al-Qur'an juga sebuah kitab yang terhimpun di dalamnya: 
  • Dasar-dasar suci dan mulia dan sebenar-benar cara serta sebaik-baik peraturan. 
  • Segala apa jua yang diperlukan oleh umat manusia meliputi aqidah kepercayaan, amal ibadat, adab sopan dan segala bentuk muamalat dan sebagainya. 
  • Segala peraturan yang menjamin wujudnya orang perseorangan yang sempurna, keluarga yang mulia, masyarakat yang baik dan kerajaan yang adil.
  • Mengandungi kisah-kisah umat terdahulu dan sebagainya untuk dijadikan paduan dan pedoman kepada mereka yang beriman.
  • etc.


wallahualam

4 comments:

  1. salam. perkongsian yang bermanfaat :)

    btw, isi tabung nuffnang..malaysia airlines & ford :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site