Tuesday, April 1, 2014

Jamadil Akhir

Jamadil Akhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-6. Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi terdapat di sana-sini.

Peristiwa-Peristiwa Penting di bulan Jamadil Akhir
  • Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w.
  • Perlantikan Saiyidina Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua bagi menggantikan Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.
  • Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang.

4 comments:

  1. salam... =)

    perkongsian yg baik... =)
    jadi bulan jamadil akhr ni baru berakhr musim sejuk ye..heee ^_^ yela..jamadil awl ni pon kerap juga hujan..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang ringkas tetapi penuh informasi! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site