Tuesday, October 7, 2014

Perkara yang membatalkan syahadah


Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari. Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim. Sabda rasulullah saw

Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.

Sabda rasulullah saw lagi

Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina, orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.

Batal syahadah dengan salah satu daripada tiga jalan :
  • Perbuatan. Melakukan perkara yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam seperti sujud kepada berhala atau mahkluk dan sebagainya.
  • Perkataan. Menyatakan kebencian, mempersendakan Allah dan Rasul-Nya, mengucapkan perkataan yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam dan sebagainya.
  • Niat. Seperti diiktikadkan ada agama yang sama atau lebih baik daripada agama Islam. Begitu juga mengiktikadkan ada hukum yang sama atau lebih baik daripada hukum Islam. Atau berniat untuk keluar daripada agama Islam, walaupun niat tersebut digantungkan kepada suatu masa yang akan datang menjadi batal syahadahnya ketika itu juga.


wallahualam...

4 comments:

  1. kdg2 kita sdri xsedar apa yg kita lakukan boleh membatalkan syahadah..
    jadi perlu stiasa beringat dan bhati dalam apa pun yg buat dan katakan..
    smoga thindar dri mlakukan prkra yg boleh mbtalkan syahadh kita...
    trima ksh mgingatkan..

    ReplyDelete
  2. Boleh huraikn dgn lbh detail lg yg sabda rasulullah ni?

    Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina, orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkt sini bkn tempat yg sesuai untuk memberi penjelasan yg detail., sekadar perkongsian yg ringkas., klu nk detail kene rajin ziarahi "taman2 syurga" (majlis ilmu).,

      ayat tu berkaitan hukuman (hudud) kpd yg melakukan dosa (termasuk yg tlah tebatal islamnya).,

      wallahualam.,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site