Thursday, July 23, 2015

Api

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam. Maka jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah. Aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yang tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisa api sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dn sebagainya.

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.

wallahualam..,

11 comments:

  1. salam..
    pernh dgr juga kisah ni..
    thanks share =)

    ReplyDelete
  2. first time baca kisah ni... good sharing

    ReplyDelete
  3. Thank you share , bertmbah ilmu sy baca :)

    ReplyDelete
  4. first time saya baca kisah ni... Ya Allah... betapa panasnya api di akhirat.. panas di dunia pun dah complaint macam apa..

    ReplyDelete
  5. INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL HBG EMBA NUGROHO DI NMR (082319208865)

    ReplyDelete
  6. api sekarang cuma sisa2 dari zarah api tu...huhuhu

    ReplyDelete
  7. sy pernah dgr kisah ni....dalam rancangan tv al hijrah... :)

    ReplyDelete
  8. menarik! boleh tak nak sumber rujukan kisah ni? hehee. senang nak buat esaimen nanti :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site