Monday, September 14, 2015

Sifat Wajib Bagi Rasul

SIDDIQ [BENAR]
Rasul mempunyai sifat benar dlm perkataan dan perbuatan kerana mereka diutuskan utk menyampaikan kebenaran.

"Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya)." Ali Imran ayat 161

AMANAH [JUJUR]
Rasul mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab dalam menjalalankan tugas dakwah agar manusia memperhambakan diri kepada Allah.

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu." Asy-Syu'ara ayat 143

TABLIGH [MENYAMPAIKAN]
Rasul bertugas menyampaikan segala perintah Allah swt dan risalah Islam kepada semua lapisan masyarakat. Mereka tetap melaksankan tugas ini walaupun berhadapan dgn tentangan hebat dari musuh.

"Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." al-Maidah ayat 99

FATANAH [BIJAKSANA]
Sifat bijaksana yang dimiliki oleh Rasul membolehkan mereka menyusun strategi dakwah dgn berkesan, disamping dpt mematahkan hujjah org musyrikin.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." An-Nahl ayat 125

wallahualam...

6 comments:

  1. terima kasih berkongsi MU :)
    PG singgah sini, tapi nuffy tidur lah MU :)
    nanti PG singgah lagi ya :D

    ReplyDelete
  2. Apakah manusia biasa juga bisa mencapai sifat-sifat itu ya?

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai umatnya perlu teladani sifat Rasulullah...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  6. Sempurnanya akhlak Rasulullah, kekasih Allah ni Zuhdi, kalaulah umatnya pun berakhlak begitu, mmg indah dunia ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site