Monday, August 15, 2016

Perkara-perkara sunat dalam solat

Sunat Hai'ah. Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.

  • Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  • Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
  • Membaca doa tawujud/iftitah.
  • Membaca A'uzubillah
  • Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
  • Membaca amin selepas fatihah
  • Membaca surah al-Quran
  • Membaca tasbih ketika rukuk
  • Membaca tasbih ketika sujud
  • Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
  • Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
  • Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
  • Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
  • Salam yang kedua


Sunat Ab'adh. Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi.

  • Membaca tahiyat awal.
  • Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  • Duduk tahiyat awal
  • Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  • Selawat di dalam qunut
  • Berdiri semasa qunut
  • Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
wallahualam...

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site